Monday 23 July 2012

Sapa pernah makan somtam.. masih mencari2 dibazar shah alam..

 Nilah rupa Somtam tu..

Memang terbaik kalau makan utk berbuka..
Masakan ala2 thai. mcm2 rasa. masam manis urmm tak dapat nak gambarkan :)

Jom tgk resepi. mcm mudah nak buat sendiri..

Resepi kerabu betik SomTam.
Bahan-bahan :

1 biji betik muda, hiris memanjang, ketepikan
1 biji mangga muda, hiris memanjang, ketepikan
2 sudu makan kacang goreng – tumbuk kasar.
2-3 sudu makan sos ikan
1 sudu makan air limau nipis
1 sudu teh gula
1 biji buah tomato, belah 4

Bahan tumbuk :
1 ulas bawang putih
2 tangkai lada merah/ lada api – tambah lagi jika mahu pedas
1 sudu teh udang kering, rendam air panas sampai kembang

Cara penyediaan :

Tumbuk bawang putih, lada dan udang kering. Masukkan ke dalam mangkuk.
Masukkan kacang goreng, betik dsn mangga muda. Gaul hingga sekata.
Tuangkan sos ikan, air limau nipis, gula dan tomato
Kacau hingga mesra dan sajikan segera.


Mudah n simple cubalah.. Saya suka makan & sgt suka makan..
Ini juga makanan tersedap yg pernah saya rasa..
Hubby pun mkn sekali hari2 minta suruh beli :)
Hari ni cuba cari kat Bazar sek 20 shah alam pulak. harap2 adalah kan ...

2 comments:

  1. mmg sedap..ade kat seksyen 27 ade..sedap..!!

    ReplyDelete
  2. aini.. sedap eh.. alahai.. kena pergi cari ni..
    kawan int soh tgk kat sek 20.. hari ni nak pi cari

    ReplyDelete