Monday 11 February 2013

Jom layanz mandi manda kat sungai Tekala ulu langat

Assalamualaikum...
Cuti panjang raya cina tahun ni niat
nak balik kedah nak makan laksa ikan sekor..
tp tpaksa tukar plan atas sebab ttentu..
last2 bw ank2 p bkelah..
Jom tengok apa ada kat sungai tekala-ulu langat..






Monday 4 February 2013

Resepi Red Velvet Cake

Resepi Red Velvet Cake
Bahan A - Untuk diayak bersama.
250 gram tepung gandum (resepi asal guna tepung kek)
1 tsp baking powder
1/2 tsp garam
2 tsp cocoa powder
Bahan B -campur dan kacau sebati.
240 ml buttermilk
2 tbsp pewarna merah
Pilihan kedua - sekiranya korang tak jumpa buttermilk di kedai. Usah bimbang. Campurkan 240ml susu segar dan 1 tsp cuka. Biarkan mereka sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.
Bahan C -
113 gram butter
300 gram gula kastor
2 biji telur gred A
1 tsp esen vanilla
Bahan D -
1 tsp cuka masakan
1 tsp baking soda
Topping - Cream Cheese Frosting.
227 gram cream cheese Philadelphia
227 gram mascarpone
1 tsp esen vanilla
1 cawan gula ising
360 ml whipped cream
cara-cara
Pukul butter selama dua atau tiga minit. Seeloknya biarkan butter berada dalam suhu bilik sebelum dipukul. Kalau Potong butter dalam bentuk kiub kecil-kecil untuk mudahkan butter kembang dengan cepat. Kalau dalam masa dua atau tiga minit masih belum kembang. Tambah seminit lagi.
Seterusnya. Masukkan gula kastor dan pukul lagi selama tiga minit atau lebih. Setakat satu minit atau beberapa saat cukuplah. Nanti nak pukul lagi.
masukkan telur satu persatu.
Bila memukul bahan-bahan di atas, saya yakin dinding-dinding mangkuk tu mesti bersepah dengan adunan yang memercik merata-rata. Kaupkan dengan menggunakan spatula. Biar mereka duduk sebati di tengah mangkuk.
Masukkan esen vanilla. Pukul selama seminit.
Masukkan bahan A dan bahan B secara berselang seli. Mulakan dengan tepung dan diakhiri dengan tepung juga. Campurkan dengan kelajuan perlahan. 
Dalam bekas kecil, masukkan bahan D (cuka dan baking soda) bersama. Tunggu sehingga buih cuka dan baking soda berhenti mengeluarkan bunyi seperti berdesir. Tuangkan ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati.
Tuangkan ke dalam loyang berukuran 9 inci sebanyak dua bekas. Kalau takda bekas 9 inci pun tak apa. Guna aje loyang yang ada. Kalau loyang besar, gunakan satu. Nanti anda kena memberanikan diri untuk memotong kek kepada dua atau tiga lapisan.
Masak selama 30 minit dengan suhu 175 darjah celcius.
Cara-cara membuat Topping Cream Cheese.
Sebaiknya dedahkan cream cheese pada suhu bilik untuk memudahkan kerja bila nak pukul nanti.
Pukul cream cheese dengan mascarpone sehingga keduanya kembang. Agak-agak dalam 5 minit. 
Kemudian tambahkan esen vanilla dan gula ising. Putar lagi sampai mereka sebati.
Akhir sekali masukkan whipped cream dan putar selama dua minit sehingga adunan kelihatan likat dan pekat untuk dihias.
Sekiranya adunan kelihatan cair. Boleh masukkan sekejap dalam peti ais untuk memudahkan kerja-kerja menghias.